Pengaruh Kompetensi Psikologi, Persekitaran Sosial dan Pengetahuan Bahaya Dadah terhadap Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Remaja di Makassar

Ismail, Wahyuni (2017) Pengaruh Kompetensi Psikologi, Persekitaran Sosial dan Pengetahuan Bahaya Dadah terhadap Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Remaja di Makassar. Doktoral (S3) thesis, Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar.

[img] Teks
RINGKASAN DISERTASI_WAHYUNI ISMAIL.pdf
Restricted to Penulis dengan Akun Terdaftar Saja

Download (2MB)

Abstrak

Penyalahgunaan dadah merupakan fenomena sosial yang membelenggu masyarakat termasuk dalam kalangan remaja. Aspek kompetensi psikologi, persekitaran sosial dan pengetahuan bahaya dadah dilihat sebagai faktor penting yang berupaya membendung gejala penyalahgunaan dadah daripada terus menular dalam kalangan remaja. Kajian ini bertujuan untuk: (1) mengenal pasti tahap kompetensi psikologi, persekitaran sosial dan pengetahuan bahaya dadah serta penyalahgunaan dadah, (2) mengenal pasti pengaruh langsung kompetensi psikologi dan persekitaran sosial terhadap penyalahgunaan dadah, (3) mengenal pasti pengaruh langsung kompetensi psikologi dan persekitaran sosial terhadap pengetahuan bahaya dadah, (4) mengenal pasti pengaruh tidak langsung kompetensi psikologi dan persekitaran sosial melalui pengetahuan bahaya dadah sebagai mediator terhadap penyalahgunaan dadah dan (5) mengetahui faktor-faktor penyebab penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah sebuah kajian kuantitatif berbentuk survei yang dijalankan ke atas remaja ditempatkan di pusat pemulihan dadah di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini melibatkan seramai 381 orang remaja yang terdiri daripada 313 lelaki dan 68 perempuan. Analisis dijalankan secara diskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 21 dan AMOS bagi pengesahan analisis faktor (CFA) serta model persamaan struktur (SEM). Keputusan kajian mendapati bahawa (1) hanya psikologi kompetensi (ketahanan diri) dan persekitaran sosial (pengaruh rakan sebaya) yang berada pada tahap tinggi manakala tahap pengetahuan bahaya dadah dan tahap penyalahgunaan dadah berada pada tahap sederhana; (2) terdapat pengaruh signifikan secara langsung antara strategi daya tindak, ketahanan diri dan pengaruh rakan sebaya terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja; (3) terdapat pengaruh signifikan secara langsung antara ketahanan diri, gaya asuhan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya terhadap pengetahuan bahaya dadah; (4) tidak terdapat pengaruh signifikan secara tidak langsung antara kompetensi psikologi, persekitaran sosial terhadap penyalahgunaan dadah melalui pengetahuan bahaya dadah sebagai mediator. Hal ini bermakna bahawa pengetahuan bahaya dadah tidak mempunyai kesan signifikan sebagai pembolehubah mediator; (5) persekitaran sosial (56.43%), peribadi (42.26%) dan tidak diketahui (1.31%) didapati sebagai tiga faktor utama terjadinya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kajian ini. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan model peramal khasnya strategi daya tindak, ketahahan diri, dan rakan sebaya boleh diaplikasikan dalam konteks tempatan untuk menilai perilaku penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.

Tipe Item: Skripsi/Tesis/Disertasi/Laporan D3 (Doktoral (S3))
Subjek: 100 Filsafat dan Psikologi > 155 Psikologi Diferensial dan Psikologi Perkembangan > 155.5 Psikologi Remaja
300 Ilmu Sosial > 370 Pendidikan > 370.1 Filsafat dan Teori Pendidikan > 370.15 Psikologi Pendidikan
Depositing User: Dr. Wahyuni Ismail
Date Deposited: 20 Jul 2018 07:26
Last Modified: 12 Sep 2018 05:47
URI: http://repositori.uin-alauddin.ac.id/id/eprint/11672

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year