Alamshah, Anisah Binti (2023) Sejarah Pemikiran Muda Omar Ali Saifuddien dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei. Magister (S2) thesis, Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar.
|
Teks
ANISAH ALAMSHAH_80100220091.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstrak
Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa pertama, MSOAS diputrakan pada 3 Zulkaedah 1332 Hijrah bertepatan 23 September 1914 di Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei. Baginda merupakan putra ketujuh daripada sepuluh orang adik beradik. Kehidupan baginda dari sejak kecil sebagai anak yatim dan baginda sendiri akui ‘tiada beribu bapa’. Dari semasa muda lagi baginda hidup sebagai rakyat biasa tanpa dibaluti dengan kemewahan materi. Tidak dinafikan, hal ini mempengaruhi keadaan hidup dan pemikiran baginda. Walaupun baginda pernah menjadi sultan yang memerintah Brunei, baginda pernah berkata ‘bukan seperti raja-raja yang lain’. Dengan arti kata lain baginda mengutamakan untuk menaik taraf hidup rakyat dan membangun negara dari kepentingan baginda sendiri. Kedua, kesultanan Brunei abad ke sembilan belas memiliki sistem politik dan struktur pentadbiran didasari oleh tiga institusi penting di peringkat kerajaan pusat yaitu institusi Perajaan, Wazir dan Menteri. Sementara di peringkat jajahan dikuasai oleh wakil-wakil kerajaan dan Menteri Darat yang dilantik. Ketiga, SPNB merupakan karya induk MSOAS yang menjadi asas bertolak dan pengisian perlembagaan yang digubal untuk Negara Brunei Darussalam. SPNB merupakan contoh nyata tentang keyakinan MSOAS untuk membawa pembaharuan, kemajuan dan pembangunan kepada masyarakat dan negara. Keempat, dalam jangka masa lima dekad sejak Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Negara Brunei Darussalam telah banyak mencapai kemajuan dan mengecapi kehidupan berkualitas dalam arti taraf hidup yang tinggi. Kesedaran untuk mencapai kemerdekaan mula muncul sewaktu pemerintahaan MSOAS, dan bagindalah merupakan pelopor yang memperkenankan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) lima tahun pada tahun 1955. Sejarah Pemikiran MSOAS dalam karyanya SPNB berimplikasi pada tujuan penyelenggaraan sesebuah negara hanya akan dapat benar-benar berdiri teguh tertakluk kepada wujudnya undang-undang dan perlembagaan yang menjadi tunggak kepada pentadbiran negara. Wujudnya Perlembagaan Negeri Brunei 1959 adalah salah satu langkah yang besar dalam menuju ke arah Kerajaan sendiri yang penuh merdeka. Undang-undang ini mestilah dihayati dan ditaati oleh semua golongan, jika itu tercapai maka negara akan maju ke hadapan dengan perancangan rancangan kemajuan. Syair ini bukan sahaja kaya dengan fakta-fakta sejarah sekitar pembentukan Perlembagaan Negeri Brunei bahkan sarat dengan nasehat dan pengajaran yang menyerlahkan akhlak dan perwatakan seorang Muslim, kaya dengan falsafah, kiasan dan ibarat yang patut direnungi dan menjadi contoh tauladan. Ia memperlihatkan bagaimana seorang Muslim perlu mencontohi pegangan teguh MSOAS selaku seorang muslim sejati dalam memimpin negara dan mengharungi pelbagai tantangan hidup. Sebagaimana, kata MSOAS, kejayaan akan selalu mengiringi orang yang beriman dan bertakwa.
Tipe Item: | Skripsi/Tesis/Disertasi/Laporan D3 (Magister (S2)) |
---|---|
Kata Kunci: | Syair; Pemikiran Omar Ali Saifuddien; Perlembagaan Negeri Brunei |
Subjek: | 200 Agama > 2X7 Filsafat dan Pengembangannya > 2X7.4 Pemurnian dan Pembaharuan Pemikiran dalam Islam > 2X7.42 Gerakan Pembaharuan Pemikiran dalam Islam |
Lembaga/Fakultas/Jurusan: | Program Pascasarjana > Tesis > Dirasah Islamiyah > Sejarah dan Peradaban Islam |
Depositing User: | Hijrana Bahar |
Date Deposited: | 20 Dec 2023 02:29 |
Last Modified: | 20 Dec 2023 02:29 |
URI: | http://repositori.uin-alauddin.ac.id/id/eprint/25185 |
Actions (login required)
View Item |
Downloads
Downloads per month over past year