Kesan Penyertaan dan Komunikasi Ulama dalam Pembangunan di Provinsi Sulawesi Selatan

Siagian, Haidir Fitra (2015) Kesan Penyertaan dan Komunikasi Ulama dalam Pembangunan di Provinsi Sulawesi Selatan. Doktoral (S3) thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Teks
Simpulan tesis HFS 170118.pdf
Restricted to Editor dan Pengelola Repositori Saja

Download (545kB)
URL Resmi: http://www.ukm.my/portal/

Abstrak

Kajian ini adalah mengenai kesan penyertaan dan komunikasi ulama sebagai pemimpin Islam dalam proses pembangunan di Sulawesi Selatan, Indonesia. Ulama di anggap sebagai pemimpin agama yang berpengaruh sejak dahulu dalam kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun peranan dan penglibatan ulama dalam kehidupan masyarakat seolah-olah menjadi lebih terhad ke atas aspek kerohanian. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap penglibatan ulama dalam menyokong pembangunan; mengenalpasti pelbagai bentuk komunikasi yang digunakan; dan melihat kesan penglibatan ulama dalam proses pembangunan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpul melalui tinjauan berdasarkan soal selidik ke atas 97 responden daripada kalangan anggota tujuh pertubuhan Islam yang dipilih menggunakan kaedah persampelan tidak rawak. Data kualitatif diperoleh daripada informan iaitu kalangan ulama yang ditemubual dan mengikuti perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa 34.01 peratus ulama mengisytihar terlibat pada peringkat perancangan, iaitu sebagai peserta mesyuarat perancangan pembangunan. Seramai 53.6 peratus menyatakan terlibat dalam peringkat pelaksanaan pembangunan, iaitu berceramah fahaman keagamaan dan kemasyarakatan, menubuhkan sekolah agama, dan terlibat penjagaan persekitaran. Pada peringkat penilaian 72.16 peratus mengisytihar terlibat iaitu memberi maklum balas tentang masalah yang timbul dalam pembangunan. Seramai 93.8 peratus mengisytihar terlibat dalam berkongsi faedah iaitu mengajak masyarakat memanfaatkan hasil pembangunan. Seterusnya, kajian juga mendapati ulama memainkan peranan sebagai pemimpin pendapat melalui bentuk komunikasi dialog dengan pihak kerajaan. Manakala bentuk komunikasi ulama dengan penduduk adalah secara formal iaitu mesyuarat penduduk dan majlis keagamaan, dan secara tidak formal iaitu melalui perbualan. Kajian juga mendapati pihak kerajaan dan masyarakat mengiktiraf penyertaan ulama memberikan kesan positif untuk memperolehi matlamat pembangunan. Kajian ini merumuskan ulama telah memainkan peranannya sebagai pemimpin pendapat, iaitu menjadi contoh bagi masyarakat ke atas penyertaan pembangunan, menyampaikan aspirasi masyarakat kepada pihak kerajaan, menyampaikan kefahaman keagamaan dan membantu membentuk moral ummah Islam. Kajian ini memberikan perspektif baru dalam penggubahan dasar, terutamanya yang berkaitan dengan isu penyertaan ulama dalam program pembangunan.

Tipe Item: Skripsi/Tesis/Disertasi/Laporan D3 (Doktoral (S3))
Kata Kunci: Komunikasi Ulama; Sulawesi Selatan
Subjek: 300 Ilmu Sosial > 302 Interaksi Sosial
300 Ilmu Sosial > 302 Interaksi Sosial > 302.2. Komunikasi
Depositing User: A. Khaidir Akbar
Date Deposited: 18 Jan 2018 04:16
Last Modified: 18 Jan 2018 05:43
URI: http://repositori.uin-alauddin.ac.id/id/eprint/7524

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year